Barangan makanan disalur kepada penduduk Sungai Lui mulai Isnin malam


KUALA LUMPUR: Mulai Isnin malam, Kerajaan Negeri Selangor akan membekalkan barangan makanan kepada semua isi rumah di kawasan Sungai Lui, Hulu Langat yang diletak di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan pihaknya juga bersedia membantu menambah sebarang keperluan sepanjang tempoh PKPD di kawasan itu.

Beliau dalam satu kenyataan berkata pemakluman secara menyeluruh juga akan dilakukan kepada semua yang terlibat melalui ‘info on wheels’ Jabatan Penerangan Negeri Selangor termasuk siaraya di masjid dan surau di setiap kawasan.

“Menyentuh Perintah Kawalan Pergerakan fasa kedua yang bermula pada 1 April, beliau berkata operasi Pasar Borong dan Pasar Awam akan dihadkan sehingga 4 petang.

“Manakala perniagaan lain seperti kedai serbaneka, stesen minyak, kedai makan dan restoran hanya dibenarkan beroperasi dari 8 pagi hingga 8 malam,” jelas kenyataan itu pada Isnin.

Selangor salur barangan makanan kepada penduduk Sungai Lui mulai Isnin malam

Selangor salur barangan makanan kepada penduduk Sungai Lui mulai Isnin malam

Pemakluman itu membabitkan perkara yang perlu dipatuhi sepanjang PKPD serta maklumat yang boleh dihubungi sekiranya berlaku sebarang kecemasan luar jangka.

BACA: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan dikuat kuasa di Batu 21 – Batu 24 Sungai Lui

Pada masa sama, penyelarasan lanjut dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta Pegawai-Pegawai Daerah selaku Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Daerah akan diselaraskan oleh Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.

“Kerajaan negeri akan terus memberi kerjasama kepada Majlis Keselamatan Negara dalam melaksanakan mekanisme yang berkaitan dalam usaha menggempur penularan COVID-19,” katanya lagi.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *