Bimbang COVID-19, American Idol henti siaran



AMERICAN Idol menjadi rancangan televisyen pertama yang menghentikan siarannya berikutan kebimbangan terhadap pandemik COVID-19 yang kini menular hampir ke seluruh dunia.

TVLine melaporkan semua peserta yang telah disingkirkan melalui pusingan penyingkiran juga telah dihantar pulang.

Difahamkan, sebilangan produksi bekerja dari jauh dan rancangan itu dijangka bersiaran seperti yang ditetapkan. 

Ia sepatutnya disiarkan pada pertengahan April ini dan menemui peminat setiap Ahad dan Isnin di saluran ABC.

Program realiti nyanyian itu diadili oleh barisan juri professional seperti Luke Bryan, Lionel Richie, dan Katy Perry, serta dihoskan oleh host Ryan Seacrest.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *