Datuk Bandar DBKU gembira peniaga makanan patuh arahan



KUCHING: Hari ketiga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyaksikan operasi pemantauan di Sarawak dipertingkat.

Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini bekerjasama dalam operasi memantau premis makanan sekitar bandaraya Kuching.

Datuk Bandar DBKU, Datu Junaidi Reduan yang turut menyertai operasi berkenaan berpuas hati dengan kepatuhan pengusaha premis makanan terhadap garis panduan PKP.

“Mereka mematuhi peraturan dan saya gembira melihatnya.

“Namun kita akan buat pemantauan dari semasa ke semasa, setiap bagi pastikan orang ramai patuh seratus peratus (garis panduan PKP),” jelas Junaidi.

Menyentuh mengenai arahan agar premis makanan dan minuman menutup operasi selepas jam 8 malam beliau mengakui ada segelintir peniaga yang tidak faham atau tidak peka dengan arahan berkenaan.

“Semasa pemantauan kita pada Khamis malam dapati terdapat lebih kurang lima peniaga di tepi jalan yang menjual burger dan sebagainya selepas 8 malam.

“Mereka telah diarah untuk menutup perniagaan mereka dan pulang ke rumah masing-masing,” tambah Junaidi

Pada Khamis Kerajaan Negeri Sarawak mengeluarkan arahan agar semua kedai makanan dan minuman perlu menutup perniagaan pada jam lapan malam.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datu Antonio Kathi Galis menerusi surat bertarikh 18 Mac 2020.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *