Mahu kurangkan pergerakan umum, 7-Eleven kini beroperasi dari jam 7 pagi hingga 11 malam



KUALA LUMPUR : Kedai serbaneka 24 jam, 7-Eleven akan beroperasi dari jam 7 pagi hingga 11 malam bermula hari ini sehingga 31 Mac 2020, seiring dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.

7-Eleven Malaysia dalam satu kenyataan menerusi Facebook memaklumkan, langkah itu adalah bagi memastikan keselamatan dan kesihatan rakyat serta pekerja mereka daripada penularan wabak COVID-19.

“Kami tetap berdedikasi untuk memastikan keperluan anda dipenuhi sambil memastikan keselamatan dan kesihatan komuniti serta pekerja-pekerja kami.

“Justeru itu, kami kini mengehadkan jam operasi cawangan kami dari jam 7 pagi ke 11 malam bermula dari hari ini sehingga 31 Mac 2020.

“Sila mengambil perhatian dan memaklumkan pengumuman ini kepada kalangan keluarga dan teman anda dan sekiranya anda perlu mendapatkan barangan keperluan, sila buat sedemikian sebelum jam 11 malam setiap hari,” jelasnya.

Bagaimanapun, sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *