Pelajar perlu patuhi garis panduan kesihatan sebelum pulang ke kampung



PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  telah menetapkan satu garis panduan aspek kesihatan terhadap pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang akan pulang ke kampung halaman secara berperingkat bermula hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan, Pusat Kesihatan universiti masing-masing akan melakukan saringan terhadap pelajar sebelum memulakan perjalanan.

“Hasil kerjasama dan perbincangan di antara pihak Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan KKM, satu garis panduan telah dibangunkan dimana ianya merangkumi aspek kesihatan bagi pelajar-pelajar yang ingin pulang ke kampung halaman.

“Pusat Kesihatan universiti masing-masing akan membuat saringan bagi pelajar-pelajar (suhu badan, saringan gejala batuk, selesema, sakit tekak atau sukar bernafas) sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan,” katanya dalam sidang media di sini pada Isnin.

BACA: 1,128 pelajar dari sembilan IPTA/IPTS akan pulang ke rumah masing-masing malam ini

Sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman, pelajar dinasihatkan supaya sentiasa mengikut langkah-langkah pencegahan.

“Pertama, mengamalkan jarak sosial selamat sekurang-kurangya satu meter dari orang lain.

“Kedua, menjaga kebersihan diri, dengan kerap membasuh tangan dengan air dan sabun.

“Ketiga, menggalakkan pemakaian alat penutup mulut dan hidung di sepanjang perjalanan,” ujar beliau.





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *