Pengarah PTG Perak dilantik Datuk Bandar Ipoh



IPOH: Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak, Datuk Rumaizi Baharin dilantik sebagai Datuk Bandar Ipoh yang baharu, berkuatkuasa 1 April.

Beliau menggantikan Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim yang memangku jawatan itu selepas dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Perak pada Disember 2019.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu ketika mengumumkan pelantikan itu berkata, Rumaizi mempunyai pengalaman luas dalam urusan pentadbiran kerajaan negeri.

Beliau juga merupakan Pengarah PTG termuda ketika dilantik ke jawatan itu pada 2017, iaitu pada usia 42 tahun.

“Pentadbiran kerajaan negeri Perak yakin, dengan pengalaman dan kemahiran yang dimiliki beliau, akan membantu melonjakkan lagi kualiti perkhidmatan dan pembangunan Majlis Bandaraya Ipoh,” kata Ahmad Faizal dalam satu kenyataan hari ini.

Rumaizi, 45 tahun, dilantik sebagai Pengarah PTG Perak pada 27 Mac 2017, selepas menjawat jawatan Timbalan Pengarah sejak Januari 2016.

Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Utara Malaysia sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana dalam bidang Pentadbiran Pengurusan Tanah di Universiti Teknologi Malaysia. 





Source link

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *